Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....
Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap
hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan
banyak ?
Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru
buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya
untuk membantu dia ."
Kisah 2:
Seorang melayu pergi
membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai
cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi
sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai
buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?
Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi
belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu
bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu
akan bantu Lim miskin yang lain pula ."
Kisah 3:
Pihak
masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari
kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga
hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina
. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .
Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."
Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai ,
tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak
dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut
untung lebih ?
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….
No comments :
Post a Comment