Friday, July 19, 2013

Cerita Berbuka Puasa

Cerita 1

" Berbuka tu memang perkara gembira bagi yang berpuasa , treat as reward ..tapi kalau makan itu ini , dah tahap membazir sebab makan kurma pun dah kira berbuka , itu ini nak makan sedangkan tahu hari hari biasa tak makan pun sebanyak tu .. Emmm.. di mana lah makna puasa sebenarnya bagi diri dia . Tak ingat ke puasa tu untuk kita ingat siapa diri kita , siapa tuhan kita , nasib orang susah dan sebagainya .
makan macam tak pernah " puasa sebenar" !

Cerita 2

Balik dr berbuka , berselisih dengan sepasang belangkas
belangkas jantan buang sampah ( botol soft drink) ..main lempar jer dari atas motor . wa pulas skit minyak motor dan dok seiring dengan depa sambil potong, sambil pandang tepat " bro , lu buang sampah macam tu saja ? " sambil gua geleng kepala . pastu aku bawa slow depan depa, tak potong2 pun. LC 135 dia tak leh potong ex5 bawa 30km/j?
nah .. wa bagi headshot . sambil dipandang belangkas betina . Orang berpusu pusu buat benda baik , awak tak reti hayati puasa langsung. Wei belangkas betina, tak yah buat laki ler jantan macam tu . Pemalas ,pengotor. Tak heran kalau dia kotorkan awak nanti. Wahh.. pedas tak ingat mulut ni malam ni. ooops.. wa panggil belangkas sebab setan tak kacau haiwan , tapi haiwan tetap ada nafsu. Lagipun bulan puasa mana ada setan !

Thursday, July 18, 2013

Perkara baik dalam Cina untuk Melayu Jadikan Amalannya

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:


Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

Tuesday, July 16, 2013

Nak kahwin tapi kena kahwin dengan wanita penjual pisang goreng

ABAH: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"
PEMUDA: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."
ABAH: "Abah bantah sekeras-kerasnya."
PEMUDA: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"
ABAH: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."
PEMUDA: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"
ABAH: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."
PEMUDA: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."
PEMUDA tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.
SUAMI: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"
ISTERI: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."
SUAMI: "Awak pakai purdah boleh tak?"
ISTERI: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."
SUAMI: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)
PEMUDA tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.
PEMUDA: "Terima kasih, abah."
ABAH: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"
PEMUDA: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."
ABAH: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."
Pemuda dan abahnya ketawa bersama.Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.Segalanya mungkin.Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

Monday, July 15, 2013

Quadratic equation : completing the square

how do you solve a quadratic equation by completing the square?


Di mana bayi nenek

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. 

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” 

“Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..” =P



}, 10);